Perbezaan Di antara Abaya dan Jubah

Sumber:  http://keluargakusayang.blogspot.com/2011/06/apa-beza-antara-abaya-dengan-jubah.html

Apa beza antara abaya dengan jubah?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT sebab hari ni awal pagi lagi dah ada kesempatan untuk mengemaskini blog. Itu pun selepas kakchik membaca komen terbaru dari ukhti syikin yang juga turut bertanyakan soalan di atas. Sebenarnya soalan ini sudah acap kali kakchik terima daripada pembaca blog, pelanggan Abaya Elegan dan juga teman-teman di facebook. Rasanya elok kakchik tulis satu entri menyediakan jawapannya (berdasarkan pengetahuan kakchik yang sedikit dan pengalaman kakchik memakai jubah sejak 1990 hingga 2007 selebihnya kakchik memakai abaya) agar di lain kali sesiapa saja boleh merujuk kepada entri ini.
Baiklah, jom kita tengok apakah perbezaannya.
Jubah
Contoh jubah seperti yang kakchik punya.
Perkataan jubah ini ialah panggilan orang Malaysia kepada jilbab iaitu sehelai baju labuh yang longgar dipakai oleh para wanita Islam sebagai pakaian luar untuk menutup aurat. Kalau 20 tahun dulu jubah ini biasanya dipakai oleh wanita-wanita yang terlibat dalam gerakan Islam seperti PAS, Al-Arqam (sebelum diharamkan) dan Tabligh, kini jubah telah mengalami transformasi yang amat besar dan dipakai oleh semua golongan wanita Islam. Dulu-dulu susah nak jumpa jubah yang berwarna selain dari warna hitam atau warna-warna gelap yang lain. Hari ni kita boleh melihat jubah direka dalam pelbagai warna dan corak.
Ini ialah makna Jilbab mengikut wikipedia:
The term jilbāb or jilbaab (Arabic جلباب) is the plural of the word jilaabah which refers to any long and loose-fit coat or garment worn by some Muslim women. They believe that this definition of jilbab fulfills the Quranic demand for a Hijab. Jilbab or Jilaabah is also known as Jubbah or Manteau (which is the French word for coat or mantle).
The modern jilbāb covers the entire body, except for hands, face, and head. The head and neck are then covered by a scarf or wrap (khimar). Some women will also cover the hands and face (niqab).
Sepanjang memakai jubah kakchik langsung tidak suka pakai yang berwarna gelap kecuali sehelai iaitu jubah pertama yang dijahit oleh mak kawan baik kakchik semasa di tingkatan 4 dulu, warna coklat tua. Selebihnya adalah jubah-jubah berwarna pastel. Memang masa di sekolah menengah dulu kakchik tak suka warna gelap terutama hitam hehe tapi sekarang sebaliknya pula. Wanita gerakan Islam dulu memakai jubah berwarna gelap dan materialnya agak tebal, biasanya jenis kain seluar lelaki. Tapi kini sudah jauh bezanya. Cuba tengok contoh di bawah.
Contoh jubah moden.

Contoh jubah moden.
Kakchik memakai jubah sebagai pakaian luar atau umpama kot iaitu masih memakai pakaian lain di dalamnya seperti sepasang baju kurung, skirt labuh mahupun seluar panjang. Sebenarnya terserah kepada individulah nak pakai apa di sebalik jubah tu kan hehe. Material jubah pula ialah jenis yang agak tebal kerana untuk memenuhi fungsinya menutup aurat dengan sempurna. Pilih yang jarang kan tak penuh syarat pulak terutama kalau kat dalam tu tak pakai apa-apa. Huhu bahaya. Itu masa kakchik pakailah... orang sekarang ramai yang pakai jubah begitu saja tanpa sebarang alas kecuali 'petticoat' atau seluar kerana potongan jubah kini semakin mengikut bentuk badan, tidak selonggar zaman dulu.
Entahlah, ini juga terserah kepada pilihan masing-masing. Kalau kita memilih jubah yang longgar maka insyaAllah terjagalah bentuk badan kita tu tapi jika sengaja memilih yang potongannya ada 'shape', ada 'dart' di belakang, maka nampaklah jubah itu mengikut bentuk badan kita. Bila sengaja ni tak dapatlah 'den nak menolong' kata sesetengah orang. Kena tanya niat masing-masinglah kan. Apa yang penting pakailah apa saja asalkan memenuhi syarat pakaian wanita Islam iaitu menutup aurat dengan sempurna. Kena faham konsep hijab insyaAllah kita akan faham konsep menutup aurat ni.
Mari kita tengok apa pulak makna abaya mengikut ilmu dan pengalaman kakchik.
Abaya
Pada pandangan kakchik abaya ni ialah secara fizikalnya sama saja dengan jubah ialah sehelai baju labuh yang longgar umpama sehelai gebar yang dipakai di atas pakaian lain bagi menutupi badan apabila keluar dari rumah. Abaya majoritinya berwarna hitam tapi ada juga yang berwarna-warni cuma tidak begitu digemari. Apa yang kakchik tahu abaya ni ada dua jenis iaitu 'overhead abaya' seperti yang dipakai oleh wanita-wanita Iran yang juga dipanggil 'chador' dan satu jenis lagi ialah 'shoulder abaya' iaitu jenis abaya yang nampak seperti jubah. Inilah yang biasa kakchik pakai.
Contoh 'overhead abaya'.
Contoh 'shoulder abaya' moden.

Contoh abaya 'butterfly' juga sejenis 'shoulder abaya'.
Mengikut Wikipedia, makna abaya ialah:
The abaya "cloak" (Arabic: عبايةʿabāyah or عباءة ʿabā'ah, plural عبايات ʿabāyāt) is long over garment essentially a robe-like dress, worn by some women in parts of the Islamic world.
It is considered an Arabic cultural dress integrated into the hijab, or Islamic dress, for many countries of the Arabian peninsula such as Saudi Arabia or United Arab Emirates, where it is the national dress.
Traditional abayat are black and may be either a large square of fabric draped from the shoulders or head or a long caftan. The abaya covers the whole body except the face, feet, and hands. It can be worn with the niqāb, a face veil covering all but the eyes. Some women choose to wear long black gloves, so their hands are covered as well.

Memanglah dulu hanya wanita Arab yang pakai abaya ni sebab ia menjadi pakaian tradisi mereka seperti baju kurung bagi kita. Tapi hari ni abaya telah menjadi pakaian wanita Islam di seluruh dunia kerana makin ramai Muslimah suka memakainya kerana sebab-sebab agama bukan kerana adat atau tradisi. Ini kerana abaya itu berwarna hitam dan hitam ialah satu warna pakaian sunnah. Selain itu abaya juga adalah longgar dan dipakai di atas pakaian sedia ada sebab itu ia dipanggil 'cloak' atau gebar/selimut yakni bila kita nak ke mana-mana hanya perlu menyarungkannya tanpa perlu menukar pakaian kita.
Perubahan masa, perbezaan kerjaya, pilihan pakaian, fesyen dan sebagainya telah membuatkan kakchik kini lebih selesa memakai abaya walau ke mana saja. Tambahan pula kakchik tahu abaya yang berwarna hitam ni ialah pakaian sunnah, pakaian yang dipakai oleh Ummahatul Mukminin, pakaian wanita solehah. Jadi, apa salahnya kan jika kakchik suka nak pakai abaya ni setiap hari. Semoga niat memakainya ialah untuk ibadah semata-mata bukan untuk menunjuk-nunjuk. Abaya yang nak dipakai pun kena pilih-pilih juga sebab takut menjadi tabarruj pula kerana abaya zaman moden pun makin hilang fungsinya yang sebenar.

Oleh kerana abaya ni warnanya hitam, pilihan materialnya adalah sangat penting. Kakchik memilih untuk memakai abaya yang dijahit di Dubai, Qatar dan Arab Saudi kerana jenis materialnya yang selesa dipakai di dalam cuaca panas negara kita. Kita tahulah warna hitam ni menyerap haba tapi material seperti crepe internet, nida, saloona, lexus, dan cobra (sekadar menyebut beberapa contoh kain) sangat selesa dipakai. Ianya tidak terlalu tebal atau nipis kerana sifatnya sebagai pakaian luar jadi takde masalah untuk dipakai hari-hari.

Selain itu, potongan abaya Dubai (negara teluk) ni ialah jenis bentuk A dan 'princess cut' yang mana ia kembang ke bawah. Itulah yang menyelesakan bila berjalan. Potongan ini juga lebih berjaya mengelakkan bentuk punggung kelihatan. Nak tahu betul atau tidak kenalah tanya orang yang biasa memakainya. Ia berbeza dengan abaya yang dihasilkan di KSA, Indonesia dan Vietnam kerana potongannya lebih kepada lurus sebab itu ada abaya yang mempunyai belahan di kiri dan kanan kerana agak sempit.

Begitulah lebih kurang apa yang kakchik tahu tentang beza antara jubah dan abaya. Semoga sedikit-sebanyak dapat membantu menjawab pertanyaan teman-teman semua. Allahua'lam.

1 comment:

  1. Terima kasih Kak Chik Niza kerana menulis entri ini. Ramai juga yang bertanya dan tak pernah dengar tentang abaya. Tetapi dengan adanya penulisan sebegini, dapatlah juga kami yang tak pakai abaya tahu tentang abaya.

    Pemakaian abaya bukanlah bertujuan untuk menunjukkan kita warak/alim/ekstrem terhadap agama tetapi ianya salah satu pakaian sunnah yang boleh menjaga keseluruhan aurat kita.

    Walau bagaimanapun, jangan pula dilupakan tentang sarung kaki/stokin kerana kaki juga merupakan aurat. Saya lihat ramai wanita sudah memenuhi syarat menutup aurat di bahagian atas tetapi bila lihat di kaki, masih ramai yang tidak memakai sarung kaki.

    Walaupun kami Ahli Jawatankuasa bukan pemakai abaya lagi tetapi Insya Allah, doakanlah agar Malam Muslimah Anggun 2012 ini menjadi titik tolak untuk kita berpakaian lebih sempurna.

    Insya Allah, Allah akan membuka pintu hidayah kepada sesiapa jua yang mencari hidayah-Nya.

    Amin...

    ReplyDelete