Tuesday, July 31, 2012

Menarik di Malam Muslimah Anggun 2012

1. Ceramah "Bidadarikah Kita" oleh Dr. Hafidzah Mustakim.
2. Makan malam.
3. Persembahan penyanyi jemputan Aishah.
4. Sesi fotografi bersama ahli keluarga atau sahabat handai di luar dewan.
5. Pertunjukan fesyen.
6. 50 hadiah cabutan bertuah.
7. Kanak-kanak perempuan berusia 8 tahun ke atas juga boleh hadir (harga tiket sama).
8. Booth-booth penaja.
9. Best Muslimah Dress.
10. Dan banyak lagi...
Bertindak sekarang, fast actions, fast results...

Sila hubungi:


Wakil-wakil Kelab:  

  1. Cik Irma/Cik Nur - UPKW, PPSP #6887/6885
  2. Puan Halijah - Makmal Imunologi #4000
  3. Puan Zulaila -  Unit Kewangan HUSM #3075
  4. Puan Mazlita - Pelantar Penyelidikan #2355
  5. Puan Che Aminah - PPSK #7511
  6. Puan Norizan - Jabatan Bendahari #2105
  7. Puan Faridah - UKAST #1083
  8. Puan Norizah - Makmal Hematologi #4017
  9. Puan Siti Yuhani - Wad 2 Delima #013-9998102
  10. Puan Noraini - Makmal Digital PPSG #5561
  11. Puan Khasiah - Unit Sistem Maklumat #3134
  12. Cik Siti Nurbayu - Unit Penerbitan HUSM #3029
  13. Cik Nadia - Makmal OPD #4025

Tuesday, July 24, 2012

Jualan Khas/Pra Jualan Kali Kedua Sempena Malam Muslimah Anggun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Jom Kita Sihat USM dengan kerjasama Unit Perkembangan Kesihatan Wanita PPSP USM dan Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kota Bharu Kelantan akan mengadakan pra jualan sempena Malam Muslimah Anggun 2012 seperti berikut:

Tarikh:  2 Ogos 2012 (Khamis)
Masa:  9.00 pagi - 4.00 petang
Tempat:  Unit Perkembangan Kesihatan Wanita PPSP

Empat penaja kami iaitu Abaya Elegan, Mysha Collection, RSI Couture dan Spa C Muslimah akan membawa pelbagai jenis busana Muslimah termasuk abaya untuk dijual kepada staf USM.

Rebutlah peluang ini untuk melihat dan membeli busana Muslimah yang sangat sopan dan anggun serta pelbagai aksesori yang boleh dipakai bersama.

Tiket Malam Muslimah Anggun sedang dijual sekarang melalui wakil-wakil Kelab JKS seperti berikut. 

Wakil-wakil Kelab:

Cik Irma/Cik Nur - UPKW, PPSP #6887/6885
Puan Halijah - Makmal Imunologi #4000
Puan Zulaila -  Unit Kewangan HUSM #3075
Puan Mazlita - Pelantar Penyelidikan #2355
Puan Che Aminah - PPSK #7511
Puan Norizan - Jabatan Bendahari #2105
Puan Faridah - UKAST #1083
Puan Norizah - Makmal Hematologi #4017
Puan Siti Yuhani - Wad 2 Delima #013-9998102
Puan Noraini - Makmal Digital PPSG #5561
Puan Khasiah - Unit Sistem Maklumat #3134
Cik Siti Nurbayu - Unit Penerbitan HUSM #3029

Bungkusan Hadiah Cabutan Bertuah Daripada Penaja

Apakah hadiahnya? Tunggu pada Malam Muslimah Anggun 2012.


Berminat untuk menaja hadiah cabutan bertuah, sila emel kepada kelabjomkitasihat@gmail.com

Penaja hadiah ini ialah AlJunnah Collection. Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.


Thursday, July 12, 2012

Berita Baik: Kanak-kanak Perempuan Juga Boleh Menyertai

Gambar hiasan dari google
 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa kanak-kanak yang berusia lapan (8) tahun ke atas juga dibenarkan menyertai Malam Muslimah Anggun 2012.

Tiket juga hendaklah dibeli dengan harga RM80.00 (tiada pengurangan harga).  

Sila beli tiket untuk anak-anak anda kerana setiap nama perlu didaftarkan.

Jom jadikan anak-anak kita Muslimah Anggun.

Sunday, July 8, 2012

Gambar-gambar Semasa Pra Jualan sempena Malam Muslimah Anggun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Kelab Jom Kita Sihat USM dengan kerjasama Unit Perkembangan Kesihatan Wanita dan Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kota Bharu Kelantan telah berjaya menganjurkan Pra Jualan atau Jualan Khas sempena Malam Muslimah Anggun 2012 pada 5 Julai 2012 yang lalu.

Sambutan yang diberikan oleh warga Kampus terutamanya para Muslimah amat menggalakkan.  Nampaknya warga kampus yang hadir sangat berpuas hati kerana dapat mencuba abaya-abaya dan busana Muslimah yang dibawa oleh para penaja terlebih dahulu sebelum membeli.  Mereka nampaknya sangat selesa memakai abaya kerana material atau fabrik abaya sebenarnya sangat sejuk walaupun berwarna hitam kerana material tersebut hanya boleh didapati di negara-negara Timur Tengah (amat bersesuaian dengan cuaca negara Timur Tengah dan juga Malaysia).

Kelab Jom Kita Sihat USM ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Penyelaras UPKW dan semua staf UPKW di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.  Terima kasih kepada para Muslimah yang hadir untuk melihat dan membeli busana Muslimah pada hari itu. Terima kasih juga buat Kak Chik Niza di atas gambar-gambar ehsan untuk dikongsikan bersama.

Di atas sambutan yang menggalakkan tersebut, warga Kampus meminta kami mengadakan lagi pra jualan tersebut kerana masih ramai yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta membeli dan menjadikan abaya sebagai pakaian harian.  Insya Allah, kami akan mengumumkan tarikh pra jualan pada masa akan datang.

Semoga matlamat dan usaha kami menjayakan MMA2012 diberkati oleh Allah SWT.  Doakanlah matlamat mengadakan MMA2012 buat julung-julung kali ini berjaya.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi Malam Muslimah Anggun 2012



Sedang belajar cara-cara memakai shayla (selendang).

Kak Chik Niza dari Abaya Elegan sedang menunjukkan cara-cara memakai shayla.

Salah seorang pelanggan dan peserta Malam Muslimah Anggun 2012 (Puan Hazlina).

Kak Chik Niza sedang sibuk melayan pelanggan (Dr. Nik Munirah) yang shopping sakan pada hari tersebut.

Di sebelah Kak Chik Niza ialah pemilik Spa C & Bodycare (Puan Ihsan Haydar), salah seorang penaja MMA2012.

Abaya-abaya yang sangat cantik yang dibawa oleh Abaya Elegan.





Cantik dan anggun sekali memakai abaya.



Mesej khas daripada Abby Abadi.

Monday, July 2, 2012

Pra Jualan Sempena Malam Muslimah Anggun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Jom Kita Sihat USM dengan kerjasama Unit Perkembangan Kesihatan Wanita PPSP USM dan Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kota Bharu Kelantan akan mengadakan pra jualan sempena Malam Muslimah Anggun 2012 seperti berikut:

Tarikh:  5 Julai 2012 (Khamis)
Masa:  9.00 pagi - 4.30 petang
Tempat:  Unit Perkembangan Kesihatan Wanita PPSP

Tiga penaja kami iaitu Abaya Elegan, Mysha Collection dan Spa C Muslimah akan membawa pelbagai jenis busana Muslimah termasuk abaya untuk dijual kepada staf USM.

Rebutlah peluang ini untuk melihat dan membeli busana Muslimah yang sangat sopan dan anggun serta pelbagai aksesori yang boleh dipakai bersama.

Tiket Malam Muslimah Anggun sedang dijual sekarang melalui wakil-wakil Kelab JKS seperti berikut.  Pembayaran dua kali juga masih dibuka iaitu bayar sekarang RM40.00 dan akhir Julai RM40.00.  Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Julai 2012.

Wakil-wakil Kelab:

Cik Irma/Cik Nur - UPKW, PPSP #6887/6885
Puan Halijah - Makmal Imunologi #4000
Puan Zulaila -  Unit Kewangan HUSM #3075
Puan Mazlita - Pelantar Penyelidikan #2355
Puan Che Aminah - PPSK #7511
Puan Norizan - Jabatan Bendahari #2105
Puan Faridah - UKAST #1083
Puan Norizah - Makmal Hematologi #4017
Puan Siti Yuhani - Wad 2 Delima #013-9998102
Puan Noraini - Makmal Digital PPSG #5561
Puan Khasiah - Unit Sistem Maklumat #3134
Cik Siti Nurbayu - Unit Penerbitan HUSM #3029
Puan Zarini - Unit Rekod Perubatan #013-983 0316/3147