Sunday, July 8, 2012

Gambar-gambar Semasa Pra Jualan sempena Malam Muslimah Anggun 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Kelab Jom Kita Sihat USM dengan kerjasama Unit Perkembangan Kesihatan Wanita dan Persatuan Perkembangan Kesihatan Wanita Kota Bharu Kelantan telah berjaya menganjurkan Pra Jualan atau Jualan Khas sempena Malam Muslimah Anggun 2012 pada 5 Julai 2012 yang lalu.

Sambutan yang diberikan oleh warga Kampus terutamanya para Muslimah amat menggalakkan.  Nampaknya warga kampus yang hadir sangat berpuas hati kerana dapat mencuba abaya-abaya dan busana Muslimah yang dibawa oleh para penaja terlebih dahulu sebelum membeli.  Mereka nampaknya sangat selesa memakai abaya kerana material atau fabrik abaya sebenarnya sangat sejuk walaupun berwarna hitam kerana material tersebut hanya boleh didapati di negara-negara Timur Tengah (amat bersesuaian dengan cuaca negara Timur Tengah dan juga Malaysia).

Kelab Jom Kita Sihat USM ingin mengucapkan terima kasih kepada Prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain, Penyelaras UPKW dan semua staf UPKW di atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.  Terima kasih kepada para Muslimah yang hadir untuk melihat dan membeli busana Muslimah pada hari itu. Terima kasih juga buat Kak Chik Niza di atas gambar-gambar ehsan untuk dikongsikan bersama.

Di atas sambutan yang menggalakkan tersebut, warga Kampus meminta kami mengadakan lagi pra jualan tersebut kerana masih ramai yang ingin mengenali dengan lebih dekat serta membeli dan menjadikan abaya sebagai pakaian harian.  Insya Allah, kami akan mengumumkan tarikh pra jualan pada masa akan datang.

Semoga matlamat dan usaha kami menjayakan MMA2012 diberkati oleh Allah SWT.  Doakanlah matlamat mengadakan MMA2012 buat julung-julung kali ini berjaya.

Sekian, terima kasih.

Pengerusi Malam Muslimah Anggun 2012



Sedang belajar cara-cara memakai shayla (selendang).

Kak Chik Niza dari Abaya Elegan sedang menunjukkan cara-cara memakai shayla.

Salah seorang pelanggan dan peserta Malam Muslimah Anggun 2012 (Puan Hazlina).

Kak Chik Niza sedang sibuk melayan pelanggan (Dr. Nik Munirah) yang shopping sakan pada hari tersebut.

Di sebelah Kak Chik Niza ialah pemilik Spa C & Bodycare (Puan Ihsan Haydar), salah seorang penaja MMA2012.

Abaya-abaya yang sangat cantik yang dibawa oleh Abaya Elegan.





Cantik dan anggun sekali memakai abaya.



Mesej khas daripada Abby Abadi.

No comments:

Post a Comment